Membaca Cepat



Teknik Pembelajaran Berkesan akan memberikan panduan bagaimana untuk memiliki kemahiran "membaca cepat". Teknik ini akan membantu anda di dalam mengatasi masalah untuk membaca banyak bahan bacaan di dalam masa yang singkat, sekiranya dipraktikkan dengan betul.

Ikutilah langkah seperti di bawah:
  • Berikan tumpuan penuh kepada bahan yang dibaca dengan melalui mata dan fikiran yang betul-betul difokuskan kepada apa yang dibaca. Jangan berfikir perkara lain selain daripada apa yang sedang dibaca.
  • Letakkan jari telunjuk di atas baris pertama pada perkataan pertama. Ini membantu anda memfokus tempat yang sedang dibaca.
  • Gerakkan jari telunjuk ke kanan dengan cepat tanpa menggerakkan kepala dan bibir. Ini kerana kepala dan bibir merupakan antara gangguan kepada tumpuan untuk membaca dengan cepat.
  • Sambil membaca, ingatkan isi penting dan jika perlu, gariskan isi penting tersebut bagi memudahkan proses ulangkaji dan bacaan semula.
  • Kadar kelajuan bacaan boleh ditingkatkan melalui latihan yang kerap. Mulakan dengan petikan yang mudah dan tingkatkan latihan dengan petikan yang semakin susah.
Pembaca yang baik boleh membaca 200 patah perkataan seminit dengan pemahaman 70 hingga 80 peratus bagi bacaan kali pertama.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komentar:

Posting Komentar